About Me

My photo
Selly Oak, Birmingham, West Midlands, United Kingdom
Just an ordinary woman who is struggling with life and study. Nothing much interesting. zufiaz87@gmail.com

Tuesday 10 November 2015

Bahagia itu datang dari Dia


Bila someone (seorang kakak) in her early 30s mengadu tak berjodoh lagi (dan Sufiah pun tak faham macam mana boleh pakar motivasi pasal jodoh pulak, sedangkan diri sendiri pun ntah kemana๐Ÿ˜น), jawapan Sufiah adalah:

“Sabarlah kak, bahagia tu datang dari Dia. Saya selalu doa, supaya dapat kebahagian itu. Tak kesah la bahagia tu datang dalam bentuk apa sekalipun. Kalau dengan adanya sahabat tu boleh membahagiakan, mudahkanlah dan pertemukanlah saya dengan sahabat-sahabat yang baik. Kalau dengan bersuami boleh membahagiakan, permudahkanlah saya dengan jodoh yang soleh wa musleh. Dan ternyata, saya sentiasa dipertemukan dengan sahabat-sahabat yang baik (Alhamdulillah!), dan sangat bahagia. Mungkin itulah kebahagian saya buat masa sekarang!๐Ÿ˜Š

Ye, bahagia datang dari Tuhan. Kadangkala kita rasa kita cukup semua, tapi hati kita tetap tak bahagia,
sebab, kita ego dan sombong nak minta dari Dia supaya hadiahkan kita kebahagiaan itu.

Berdasarkan pengalaman sendiri, yang selalu doa macam kat atas tu ๐Ÿ‘†๐Ÿผ, ye memang Allah bagi. Sentiasa dikurniakan sahabat-sahabat yang baik. Itulah nak cakapnya, Allah akan memakbulkan doa kita, kadang2 kita sendiri tak perasan. Tapi bila kita imbas kembali, confirmed apa yang kita dapat sekarang, ada kaitan dengan doa-doa kita dimasa lalu.. 


Ingin saya tegaskan lagi, bahawa bahagia itu datang dari Tuhan, dan sebagai hambaNya, kita perlu mencari Tuhan dulu, baru kita akan temui kebahagiaan tersebut! 

Semoga hati-hati kita terikat dengan kasih sayang kerana Tuhan.. Ameen..


From Birm with Love,
Sufiah

No comments:

Post a Comment