About Me

My photo
Selly Oak, Birmingham, West Midlands, United Kingdom
Just an ordinary woman who is struggling with life and study. Nothing much interesting. zufiaz87@gmail.com

Wednesday 24 April 2013

Pengakuan berani mati: Menunggu jodoh dari Ilahi

Ye, sekarang saya sedang membukakan hati saya, saya sedang mencari jodoh saya..

Selama ini, terus terang saya katakan, saya tak sepenuhnya membuka hati. Boleh dikatakan, saya tidak bersedia.

Kenapa?? Dan bagaimana saya tahu??hahaha...senang je, sebab selama ini, kalau saya sukakan seseorang, saya tak suka kalau dia sukakan saya semula..tak faham?? Takpe, sila abaikan...

STATUS: Sedang menunggu jodoh dari Allah, dengan senang hati dan berlapang dada..

Tapi mungkin cara saya kena ubah, saya nak dekatkan diri pada pemilik cinta abadi saya, sebelum saya benar-benar bersedia memiliki cinta pencintaNya.

Ya Allah, semoga Kau hadiahkan aku kekuatan untuk menjaga cintaku kepada Mu..

Maaf sekali lagi, kepada sesiapa yang pernah menawarkan cinta sementara, "I will say, NO".. hati ini tidak pernah terbuka untuk cinta sementara/cinta tak halal itu!!

And thanks to HIM, yang membuatkan saya sedar, akan hakikat cinta sementara ini.. Alhamdulillah!! Terima kasih Allah kerana dipertemukan dengan dia...

Dia yang menyedarkan, betapa penat dan sakitnya mengejar cinta dunia..

We never know, mungkin kami berjodoh, atau mungkin saja kami memang tidak berjodoh.. Allah hanya datangkan awak sebagai dugaan, untuk menguji hati saya, barangkali...Alhamdulillah dengan ujian!

Mungkin ada orang akan cakap, 'cepat sungguh awak berputus asa, Op'...Maaf, mengundur diri, bukan bermaksud berputus asa. Saya hanya mentarbiyah hati, agar kembali kepada cinta Ilahi... dan dia datang, mungkin sebagai ujian hati kepada saya.. Terima kasih Allah!! Terima kasih awak!!

Saya yakin dan percaya sekarang, hati saya KUAT! Alhamdulillah!!

Oh, sebenarnya saya kini lebih terbuka tentang jodoh ni, sebab saya semakin membuka hati dan berlapang dada! Teringat ceramah pasal jodoh yang saya dengar dulu, mungkin jodoh kita tak datang lagi kerana Ibubapa dan keluarga kita belum betul-betul bersedia lepaskan kita?? MUNGKIN!!!

Siapa sangka, saya dah mula bercerita dengan ibu tentang jodoh? Dan saya dah minta ibu doakan saya, sama macam sebelum saya dapat further PhD. Sesungguhnya, bila ibubapa kita restu, segala yang kita rasa susah, akan menjadi mudah.. InsyaAllah...

Ye, saya sedang menunggu jodoh dari Allah.. Bukan bermaksud melupakan dia, tapi saya sentiasa mendoakan dia dari jauh. Kalau dia memang jodoh saya, dia akan kembali kepada saya. Tapi kalau bukan, pun alhamdulillah!! Perancangan Allah, semestinya indah!!!

Orang kata, jodoh perlu dicari dan diusahakan, Yes!! Saya dah berusaha, dulu. Berusaha yang saya rasa mungkin dalam keadaan yang tak sepatutnya?? Sekarang usaha saya dengan berdoa, dan berlapang dada! Bukankah doa itu senjata orang Islam??

Kepada awak, semoga awak sihat-sihat disana. Dan saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat awak! Kalau saya yang terbaik, suatu hari nanti, kita akan berjodoh, kalau saya bukan yang terbaik, awak akan jumpa yang lebih baik daripada saya..InsyaAllah!!

Dan kepada diri sendiri, mari kita bermuhasabah diri, bak kata-kata diri sendiri di FB:

~Pernah dengarkan, orang kata, jodoh pertemuan, dan ajal maut itu semua ditangan Allah?? Rahsia Allah lah pendek kata.. Tapi berapa ramai daripada kita yang risau tentang jodoh, instead of AJAL?? Bila malaikat Izrail datang, kita CONFIRMED tak boleh nak elak, tapi kalau cinta datang, kita masih boleh tarik-tali lagi... Peringatan untuk diri, sentiasalah bermuhasabah diri..~

Kalaupun tak dapat cinta didunia ini, mungkin cinta Allah sudah cukup membuatkan kita bahagia?? Janji Allah itu pasti, YAKIN dan PERCAYA dengan janji-janjiNya!!! Status FB lagi (obsess dengan diri sendiri rupanya saya ni, huaahahhaha):

~Ya Allah, jika rindu itu menyapa, maka penuhkanlah hatiku dengan rindu kepadaMu..Kerana sesungguhnya aku ingin kembali kepadaMu...

"Jangan pernah takut untuk melepaskan sesuatu yang BUKAN HAK kita... Segala-gala yang kita ada di dunia ini, hanyalah pinjaman semata... 'Innalillahi wa inna ilaihi rajiun'... Dari Allah kita datang dan kepada Allah, kita kembali..."~


Ayat dari Ustazah Fatimah Syarha yang saya suka, Allah bagi kita cinta low class, yang akhirnya akan menghampakan. Untuk mendapat CINTA HIGH CLASS suatu hari nanti yang akan membahagiakan.. InsyaAllah :)

From Birm, with Love,
Sufiah

No comments:

Post a Comment