About Me

My photo
Selly Oak, Birmingham, West Midlands, United Kingdom
Just an ordinary woman who is struggling with life and study. Nothing much interesting. zufiaz87@gmail.com

Wednesday 3 April 2013

Jodoh perlu dicari atau datang sendiri??

Sementara ada mood nak membebel...hehehe...


~Seperti biasa, diri ini, selagi tak kahwin, selagi itulah soal jodoh tak pernah hilang..~

Bila berborak-borak dengan adik-adik housemate, diri mula berfikir, betul ke tindakan saya selama ini? Mungkin saya sudah melepaskan seseorang tanpa disedari?? Seorang kawan yang selama ini sentiasa berada disisi??

Ye, mari saya perkenalkan dia. Dia seorang kawan, agak rapat, tapi saya tak pernah nak iktiraf persahabatan kami ini lebih daripada sahabat. 4 tahun kami berkawan, agak lamakan?? Sampailah satu tahap dimana dia mula meluahkan perasaan. Oh, saya sungguh tak boleh terima hakikat itu, kerana pada saya, once we are friend, we'll always be friend forever... Tak boleh lebih dan tak boleh kurang...Dan saya sentiasa yakin dengan prinsip jodoh, kalau dia memang betul-betul jodoh saya, dia akan datang kembali kepada saya.

Kemudian, adik-adik mula berkata, jodoh perlu diusahakan. Kalau kita yakin dan hanya tunggu, mungkin kita telah melepaskan jodoh kita? Oh, saya keliru?? Ada orang kata, biar je, ada jodoh, tak kemana, jodoh, rezeki, ajal, maut semua Allah dah tentukan sejak kita dalam rahim ibu lagi .. Tapi orang lain pulak kata, eh, tak boleh! Jodoh perlu dicari, perlu berusaha, bukankah Allah telah berfirman, "

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang ada pada diri mereka" (13:11). 

Maka diri semakin keliru..hukhukhuk.. T.T

Yup, betul. Jodoh telah ditetapkan, tetapi kita juga boleh berusaha untuk mengubah takdir (kalau Allah izinkan). Sebagai contoh, jika ditakdirkan kita dilahirkan dalam keluarga yang sangat miskin, kalau kita tidak berusaha untuk membasmi kemiskinan, dan hanya redha dengan takdir Allah itu, sampai bila-bila pun kita akan duduk dikancah kemiskinan. Kesimpulan yang saya boleh buat daripada persahabatan-persahabatan saya yang lalu (termasuk dia), adalah, ye, saya berusaha, bagi mereka peluang. Tapi peluang yang diberi biasanya disia-siakan. Jadi, lebih baik let them go, find another guy!!hahahaa


Tapi yela, diri ini memang sentiasa konfius, orang ni, nasihat ini, orang tu nasihat itu...Aiyakkk!! Sampailah saya terdengar nasihat Prof Dr Muhaya, tentang jodoh. Kita perlu usaha menjadi magnet yang menarik dalam misi mencari jodoh. Macam mana menjadi magnet itu? Oh, bukan dengan berpakaian seksi, bukan dengan aksi menggoda, atau bukan dengan bergaul mesra. Kita perlu menjadi magnet dengan merubah diri kita, kepada yang lebih baik. Baiki hubungan dengan Allah, sesama manusia. Buat baik sesama makhluk, lupakan lelaki-lelaki, InsyaAllah, jodoh akan dipermudahkan. Bukankah Allah telah berfirman,

“ Wanita-wanita yang tidak baik untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula. Wanita yang .baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik" (24:26)

Jadinya kita perlu berubah menjadi lebih baik, supaya menjadi magnet yang mudah menarik. Maka wahai hati, bersabarlah. Tolonglah lepaskan HE tu pergi.... Yang penting, jaga hati. Bukankah lebih elok menyimpan cinta pada Allah, cinta yang takkan dikecewakan, cinta yang kekal abadi.

Baiklah Op, marilah didik hati supaya cintakan Allah!! Perlu tarbiyah, dan yang paling penting perlu istiqamah. Biarlah tidak dapat cinta manusia, kerana cinta Allah yang paling utama. Bukankah ada wali Allah juga tidak bertemu jodoh didunia (contohnya Rabiatul Adawiyah)??Kerana cintanya kepada Allah melebihi segala-galanya.. Allahu rabbi!! Bila agaknya diri akan sampai ke tahap itu ye??

Lepaskanlah dia pergi...bukakan hati mencari cinta Illahi....Wallahualam....





From Birm, with Love
Sufiah

No comments:

Post a Comment